Khamis, 25 September 2014

Sizzling


Alhamdulillah..Sizzling mee sarapan pagi ni... jazakillahu khairan kak Suraya Ali atas resepi ni...sedap sangat..
Homemade mee sizzling
sediakan utk kuahnya dulu ( yang ni saya buat dlm kuali tuk makan 6 orang)
4 ulas bawang putih di tumbuk halus
1biji bawang besar ditumbuk halus
sedikit Halia
Minyak masak utk menumis
Cendawan shitake (yg warna hitam kering)...bersihkan dan rebus smpai kmbang air bnyak sbb nak buat kuah sekali serta dihiris
sedikit cili kisar
2,3 biji cili kering direndam dan dipotong 3 bahagian
Ayam potong kecil (ikut suka bnyak mana nak)
Sos tiram
Sos tomato
Kicap pekat
Sos lada hitam * saya tak isi sbb takde
Kiub ayam
Tpg jagung (untuk pekat kuah bancuh sedikit air)
Lada hitam ashio (ajinomoto)
Sikit minyak bijan
Garam(sesuai dulu rasa baru masuk)
Sikit gula
Yee mee (bhn utama) saya rendam sekejap dgn air panas
Sayur sawi
Telur ayam (klu suka)
Caranya:
panas minyak masukkan bwg yg telah ditumbuk halus
Dah garing masuk cili blend td smpai pecah minyak serta lada kering potong ~ ikut kepedasan yang disukai
kemudian masukkan kicap dan sos tiram, sos tomato/cili serta sedikit sos lada hitam
Baru masuk ayam kacau sebati masuk skt air...biar smpai ayam masak...baru tuang cendawan dan airnya sekali..masuk pula kiub ayam(hancurkan dulu)
Masuk sikit gula...sesuai dulu rasa baru masuk garam (klu dah ok jgn masuk garam sbb nnt dah masuk mee tu ada masin sikit-cara ksu x
masuk dah garam)
Tuang air tpg jagung tngok pekat mana kita suka
Dah mendidih ttp api..
Sediakan plate atau bg yg x ada plate guna kuali
Sendukkan kuah dan isi ayam yg kita sediakan td dlm plate atau kuali masukkan yee mee 1 ketul biar dia lembut masukkan sayur sawi pecahkan telur biar smpai layu...ttp api..
Dah blh dihidangkan nak makan dgn cili potong boleh yang mana suka pedas
Selamat mencuba...

berminat,,, share,, huhu
Ramai perempuan, sangat ramai sebenarnya, dia tak rasa bersalah bila tak tutup aurat sempurna.
Sebab apa? Mungkin juga sebab dia TAK TAHU macamana nak tutup aurat sempurna.
So, dia TAK TAHU dosa yang dia buat tu dosa. Moga Allah ampunkan. Moga!
Tapi, yang tahu, tolonglah tutup aurat sempurna!!
Jadi malam ni, yang TAK TAHU tu, saya nak kongsi biar korang jadi TAHU.. tapi ingat !! Jangan buat-buat TAK TAHU.. Aku luku dengan lesung batu nanti..
Asas menutup aurat ;
1) Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2) tudung tutup dada dan bahu
2) pakaian tak ketat serta longgar.
3) tudung dan pakaian tak jarang (nampak dalam).
4) warna jangan terang sangat (contoh warna traffic light).
5) pakai stongan dan stokin. Bukan sotong.
Tu asas.
Adapun, gambar bawah ni menunjukkan beberapa kesilapan orang perempuan yang rasa dia DAH tutup aurat, tapi sebenarnya TAK. Atau dengan kata mudah, sebenarnya SALAH.
BERUBAHLAH selepas tahu perkara ni.
Moga Allah redha !!
Yang dah pakai sempurna tu, doa sungguh2 moga Allah beri istiqomah pakai sampai jadi mayat..
Dan ingat seperkara lagi !!
Tutup aurat sempurna satu hal. Hias diri dengan sifat MALU adalah satu hal.
Berapa ramai orang yang bertudung, tetapi berzina. Ramai.... bahkan tudung labuh pun ada.
Takut.. Moga dijauhkan..

Share atau tag lah kenalan korang yang MAHRAM saja.. sedara mara ke, adik beradik ke, isteri ke.. makcik sedara ke..